---------------------------------------------------------------

TINTA E.M.A.S SRIKANDI JILBAB

Tintaku menampilkan Etika. Tintaku adalah penyampai Maklumat. Tintaku adalah nukilan yang Asli, dan Tintaku ini mahu diingati orang Selama-lamanya...

BACALAH DENGAN NAMA TUHANMU!
-----------------------------------------------------------------
Allah Itu Matlamat Kita
Al Quran Itu Pedoman Kita
Rasulullah Itu Qudwah Hasanah Kita
Jihad Itu Jalan Kita, Syahid Itu Semulia Cita-Cita Kita

Kejarlah cita-cita dengan istiqamah di dalam usaha, doa dan tawakkal. Walaupun kita tidak mampu memiliki kesempurnaan kerana kesyumulan itu adalah hak mutlak Allah ta'ala, tetapi teruskanlah usaha demi memurnikan ketaatan kepadaNya. Sesungguhnya keredhaan Allah adalah kejayaan yang paling besar -Srikandi Jilbab

Tinta emas buat hari ini :----------------------------------------------

---

02 January 2007

Sajak Cinta Buat Suami

Hari ni, seorang senior programmer di pejabat, minta saya nukilkan satu sajak cinta untuk dinukilkan pada kad hari lahir suaminya. Saya ternganga seketika. Apa tidaknya, seumur hidup, saya tidak pernah bercinta, apatah lagi mahu mengarang sajak cinta!
Namun, kerana tidak mahu mengecewakannya, yang duduk berasingan daripada suami kerana tempat kerja yang jauh, maka saya tetap mencuba. Susah juga, lalu saya bayangkan, sajak itu saya nukilkan buat suami saya sendiri, walaupun saya masih belum punya suami(hehe..bukan apa, nak dapatkan mood sajak).
Dan, inilah hasilnya :

Jauh berpisah jarak
Bukan makna kasih berkocak
Jauh dibatasi masa
Bukan makna berpisah rasa
Hati kita satu
Milik kau dan aku

Abang
Bukan kudamba kesyumulan dalam segala
Kerna ku tahu
Kesyumulan itu hak milik Allah semata
Hanya ku pohon kesetiaan dan keikhlasan
Agar benteng kasih tetap terpelihara
Agar cinta kita membawa ke syurga

Abang
Selamat Hari Lahir kuucapkan
Moga rahmat Dia Yang Satu
Mengiringi tiap langkahmu
Terima kasih kuungkapkan
Atas kasih dan cinta yang kau hulurkan

Ikan dilaut pancingnya di kali
Umpan dijari menari-nari
Cinta bertaut seikhlas hati
Syurga firdausi menjadi destinasi

Ikhlas,
Ayang

Erkk!!

Betulkah ini sajak yang lahir dari minda saya? Hmm..mungkin saya perlu bercinta, sebelum menulis sajak cinta:)

Wallahua'lam.

No comments:

Followers