---------------------------------------------------------------
TINTA E.M.A.S SRIKANDI JILBAB
Tintaku menampilkan Etika. Tintaku adalah penyampai Maklumat. Tintaku adalah nukilan yang Asli, dan Tintaku ini mahu diingati orang Selama-lamanya...
BACALAH DENGAN NAMA TUHANMU!-----------------------------------------------------------------
Allah Itu Matlamat Kita
Al Quran Itu Pedoman Kita
Rasulullah Itu Qudwah Hasanah Kita
Jihad Itu Jalan Kita, Syahid Itu Semulia Cita-Cita KitaKejarlah cita-cita dengan istiqamah di dalam usaha, doa dan tawakkal. Walaupun kita tidak mampu memiliki kesempurnaan kerana kesyumulan itu adalah hak mutlak Allah ta'ala, tetapi teruskanlah usaha demi memurnikan ketaatan kepadaNya. Sesungguhnya keredhaan Allah adalah kejayaan yang paling besar -Srikandi Jilbab
[Nota penulis : Blog ini baru berpindah dari blog lama dan penulis belum menghebahkannya kepada umum]------------
Tinta emas buat hari ini :----------------------------------------------
---


Manusia merancang, Allah juga merancang, dan sesungguhnya perancangan Allah adalah terlebih baik daripada perancangan manusia. Entah bagaimana, rancangan mahu menemui sahabat baik saya dari JPN, Mazni Yanti, berakhir dengan gathering bekas pelajar-pelajar UUM-BIT-Kolej TEN, yang semuanya berjaya grad pada tahun 2004. Mazni dan Wawa, kedua-duanya sudah kerap saya temui, tetapi dapat menemui Kokya, Ila, Idah dan Rusni adalah satu perkara yang sangat mengembirakan. Mengingatkan masih ada Ija, Berd, Nor, Ira, dan yang lain-lainnya di Kuala Lumpur, kami merencana untuk berkumpul semula, dengan perjumpaan yang lebih besar daripada perjumpaan yang tidak disengajakan ini. Tetapi, seperti yang saya katakan tadi, kita manusia boleh merancang, namun perancangan Allah adalah lebih baik dari perancangan manusia. Semoga Dia mengizinkan kami semua untuk bertemu lagi, amin:)
11 comments:
Alhamdulillah, next time insyaallah kita set lagi ye, sekali sekala jumpa best kan. Bercakap tak renti2, gelak tak sudah2, macam takde org keliling je, heheheh
Rupa-rupanya perangai masing-masing tak berubah hehe...suka semua datang..inilah tandanya ukhwah:)
Alhamdulillah...mmg selalu mcm nikan...Berkat org yg tgh belajo ni...nak jumpa kawan2..hehe... Iynn alangkah beshnye geng2 kita bertemukan... Kawin Yana ek...
weii... ini tidak adil...kenapa aku takde.. walopon aku jauh nun di utara, korang jangan lupa aku kalau ada gathering lagi.. kalau takde aral melintang pukang, InsyaAllah ade la muka aku ni.. In, nnt aku g umah mu.. jgn lupa fm aku tuu...
WAHH.. seronoknya semua orang leh kumpul ramai2. aku leh bayangkan betapa meriahnya... alaa.. jeles aahh.. korang, kalau nk wat gathering lagi, ajakla aku. kalau ada kelapangan, InsyaAllah aku datanglah. In, nnt aku g kl, aku tdo umah mu.jgn lupa fm aku taw...
-anas-
wah, seronoknye korg bejumper, rindunye zaman kat uum dulu...rindu kat korg sumer
Aik ramai pulak yang posting kat blog aku ni haha..nampaknya kita wat reunion dalam blog ni je la hehe..wei korang ingat tau duit ada lagi ngan aku RM90 untuk reunion seterusnya...Kokya..get ready ye mastermind:D
Setuju, ziera mastermine,next time kita main bowling palk nak? gerenti gamat lah tempat boling tu. Tapi jangan lupa ajak org yang setia dok kat utara sorang tu, kang merajuk lak ye tak anas? hehehehe
huhu x ajak aku pun kowrang..x sangka dianaktirikan isk!
huhu sedeynya aku tidak diajak..isk..uwaaaaaa aku dianaktirikan!!
asam sweet tu owg len punya ..silap!
Post a Comment