---------------------------------------------------------------

TINTA E.M.A.S SRIKANDI JILBAB

Tintaku menampilkan Etika. Tintaku adalah penyampai Maklumat. Tintaku adalah nukilan yang Asli, dan Tintaku ini mahu diingati orang Selama-lamanya...

BACALAH DENGAN NAMA TUHANMU!
-----------------------------------------------------------------
Allah Itu Matlamat Kita
Al Quran Itu Pedoman Kita
Rasulullah Itu Qudwah Hasanah Kita
Jihad Itu Jalan Kita, Syahid Itu Semulia Cita-Cita Kita

Kejarlah cita-cita dengan istiqamah di dalam usaha, doa dan tawakkal. Walaupun kita tidak mampu memiliki kesempurnaan kerana kesyumulan itu adalah hak mutlak Allah ta'ala, tetapi teruskanlah usaha demi memurnikan ketaatan kepadaNya. Sesungguhnya keredhaan Allah adalah kejayaan yang paling besar -Srikandi Jilbab

Tinta emas buat hari ini :----------------------------------------------

---

08 April 2010

Dunia Transit Ke Akhirat

Dunia adalah transit ke akhirat. Namun ada juga yang leka semasa bertransit, lantaran dunia dari cerminan mata manusia terasa nian indahnya. Akhirat tidak nampak di mata, lantas akal menjadi lupa kerana iman pula senipis kulit bawang untuk mengingatkan diri yang semakin jauh daripada norma-norma agama.

Bermula daripada setitis air yang hina, membentuk jasad di alam rahim, kita lalu lahir ke dunia. Kita transit sementara di dunia ini sebelum berpindah ke alam yang kekal abadi. Kadang-kadang terlupa, dunia ini hanyalah transit yang pertama. Sebelum sampainya kita ke syurga(dengan keizinanNya), masih ada beberapa perhentian yang perlu kita lalui, dan transit kita waktu itu bukan lagi seperti transitnya kita di dunia. Transit kita waktu itu gambarannya tidak terjangkau dek akal biasa. Semoga Allah melindungi kita dengan rahmatNya, amin.

Gambaran perjalanan manusia di bawah dikongsi oleh seorang rakan pejabat yang sangat saya hormati. Terima kasih atas perkongsian daripada beliau. Semoga gambar di bawah menjadi amaran tegas buat kita.

0 comments:

Followers