---------------------------------------------------------------

TINTA E.M.A.S SRIKANDI JILBAB

Tintaku menampilkan Etika. Tintaku adalah penyampai Maklumat. Tintaku adalah nukilan yang Asli, dan Tintaku ini mahu diingati orang Selama-lamanya...

BACALAH DENGAN NAMA TUHANMU!
-----------------------------------------------------------------
Allah Itu Matlamat Kita
Al Quran Itu Pedoman Kita
Rasulullah Itu Qudwah Hasanah Kita
Jihad Itu Jalan Kita, Syahid Itu Semulia Cita-Cita Kita

Kejarlah cita-cita dengan istiqamah di dalam usaha, doa dan tawakkal. Walaupun kita tidak mampu memiliki kesempurnaan kerana kesyumulan itu adalah hak mutlak Allah ta'ala, tetapi teruskanlah usaha demi memurnikan ketaatan kepadaNya. Sesungguhnya keredhaan Allah adalah kejayaan yang paling besar -Srikandi Jilbab

Tinta emas buat hari ini :----------------------------------------------

---

01 May 2010

Cintaku Separuh Berbalas, Namun Aku Sangat Menyintainya!


Assalamualaikum.

Minta maaf, tajuk agak kontroversi. Hati terlalu girang sehingga tangan tanpa kompromi terus meletakkan ayat di atas sebagai judul entri kali ini. Apa lagi yang benar-benar membahagiakan hati saya bulan ini, jika bukan berjaya memiliki cinta hati yang sangat saya idam-idamkan selama ini :


Inilah cinta yang baru separuh berbalas - perpustakaan mini yang sekian lama diidamkan kewujudannya. Kini, impian saya menjadi realiti. Bilik ini menjadi tempat saya membaca, mengulangkaji untuk peperiksaan kerajaan, menulis, membuat kajian, mencerna idea, dan melakukan aktiviti-akiviti peribadi yang lain seperti melayari internet, menonton DVD ceramah, dokumentari ataupun filem, dan mendengar radio .

Alhamdulillah, walaupun tidak sesempurna dan sehebat khutubkhanah orang lain (yalah, saya bukannya orang kaya), namun saya bersyukur kerana dengan rahmatNya, Allah telah memakbulkan impian saya. Puncanya, seorang daripada ahli rumah sewa kami berpindah dan memandangkan ketika ini bajet saya mencukupi, saya beristikharah dan lantas membuat keputusan untuk menyewa biliknya sebagai bilik tidur saya, dan menukar bilik tidur lama saya sebagai perpustakaan mini seperti dalam gambar di atas. Tidak lama lagi, pasti dinding-dindingnya akan penuh dengan peta dan pelbagai kertas-kertas ilmu yang lain (saya memang suka menampal).

Malangnya, rak buku pula tidak mencukupi, sehingga terpaksa pula menyusun buku-buku kesayangan seperti begini pula :


Buku-buku ini biasanya saya gunakan sebagai rujukan setiap kali menulis sama ada menulis blog ataupun menulis buku, serta setiap kali akan menghadapi peperiksaan kerajaan. Tetapi kadang-kadang rasa senang pula hendak cari dan capai apabila buku disusun begini:D

Saudara ada cadangan apa-apa buku yang baik untuk saya baca dan jadikannya ahli di perpustakaan ini? Cadangkan, Insya-Allah, ia akan menjadi salah satu koleksi di perpustakaan mini saya ini.

Inilah cinta hati saya sekarang. Banyak masa saya dihabiskan di sini. Terima kasih ya Allah, kerana membuka jalan untuk aku terus menimba ilmuMu di muka bumi ini. Sahabat-sahabat, doakan agar Allah menetapkan hati saya agar terus istiqamah menuntut ilmu dan menyebarkan ilmu melalui penulisan-penulisan saya sehingga ke liang lahad, amin.



"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah yang paling pemurah, yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya." - [ Surah Al - 'Alaq , ayat 1-5 ]

"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal salih dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan masihat-menasihati supaya menetapi kesabaran." [Surah Al-Asr, ayat 1-3]

1 comments:

Mohd Kamal said...

Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman Muhd Kamil Ibrahim ... adalah satu buku yg patut tuan baca. menarik sangat jalan citernya.

Followers