Perjuangan masih belum berakhir
Demi darah syuhada
Demi anak-anak yatim
Demi ibu janda
Demi Baitul Maqdis
Pokok-pokok yang tumbang
Bangunan-bangunan yang musnah dan runtuh
Demi sebuah kemerdekaan dan kehidupan yang mulia
Aku akan terus berjuang dan terus berjuang
Aku akan belanjakan segala yang aku miliki
Wahai isteriku
Wahai anak-anaku
Kita adalah satu episod dari sebuah perjuangan ummat
Yang tidak akan tunduk
Ya Allah
Bantulah kami
Leraikanlah segala keperitan dan kepahitan hidup ini
Kurniakanlah ya Allah
Sinar di bumi ini
Demi darah syuhada
Demi anak-anak yatim
Demi ibu janda
Demi Baitul Maqdis
Pokok-pokok yang tumbang
Bangunan-bangunan yang musnah dan runtuh
Demi sebuah kemerdekaan dan kehidupan yang mulia
Aku akan terus berjuang dan terus berjuang
Aku akan belanjakan segala yang aku miliki
Wahai isteriku
Wahai anak-anaku
Kita adalah satu episod dari sebuah perjuangan ummat
Yang tidak akan tunduk
Ya Allah
Bantulah kami
Leraikanlah segala keperitan dan kepahitan hidup ini
Kurniakanlah ya Allah
Sinar di bumi ini
Dengan Darah, Dengan Roh, Kami Akan Bebaskan Al-Aqsa! Allahu Akbar !!!
***(Petikan daripada DVD animasi Gaza Al-Abiyah) ***
***(Petikan daripada DVD animasi Gaza Al-Abiyah) ***
Pernahkah anak-anak, anak saudara, ataupun kanak-kanak bertanya kepada saudara tentang Palestin?
Beberapa minggu yang lepas, saya mendengar seorang budak lelaki (suaranya masih kedengaran seperti kanak-kanak), bernama Aminulrasyid menelefon radio ikim dan memberi cadangan kepada juruhebah :
“Kakak, saya berharap radio ikim dapat menyampaikan berita-berita tentang saudara-saudara kita di Palestin. Saya mahu sentiasa tahu keadaan mereka di sana, kerana kita di sini sukar sekali mendapat berita tentang mereka.”
Tersentuh hati saya mendengar suara mulus kanak-kanak itu. Entah berapalah umur budak lelaki itu. Sekecil itu sudah memahami tugas besar setiap muslim ke atas isu Palestin. Sekecil itu juga sudah sedar bahawa selepas mati nanti dia akan disoal Allah sejauh mana dia membantu ketika bumi suci Palestin dihina! Lalu, apa kisahnya pula dengan orang-orang dewasa yang ketika ini masih membuang masa dengan berbual kosong, berkaraoke, masih hanyut dengan rancangan televisyen seperti program realiti yang menjadi senjata yahudi dalam menjajah minda dan akhlak orang islam, menghisap rokok dan masih kering hati, membeli produk-produk Israel dan sekutunya Amerika yang sudah dibuktikan menyalurkan dana kepada rejim Israel?
Anak-anak saudara saya juga sesekali bertanya tentang Palestin, tika kami bersua di senggang-senggang waktu. Ya, tentulah sukar untuk mereka memahami isu dan sejarah perang Palestin dengan sekadar melihat dan mendengar berita-berita di akhbar atau televisyen. Genjatan senjata, Tel Aviv, Tebing Barat, Yahudi, Zionis, Israel, Baitul Maqdis, Gaza, itu semua antara istilah-istilah yang masih keras untuk dikunyah dan dihadam oleh otak muda mereka.
Kanak-kanak sukakan cerita. Bahkan, orang dewasa juga sukakan cerita. Sebab itu,orang-orang tua banyak menyampaikan nasihat dan pengajaran hidup melalui cerita. Perhatikan kitab agung Al quran, juga mempunyai banyak kisah-kisah dan cerita pengajaran. Kisah Nabi Yusuf, kisah kemungkaran kaum-kaum terdahulu, kisah Nabi Musa dengan Bani Israel yang ingkar, kisah Ashabul Kahfi, dan sebagainya. Semuanya disampaikan dalam Al Quran dengan penuh tertib dan indah.
Kanak-kanak lebih mudah memahami jika sesuatu maklumat itu disampaikan secara bercerita. Kaedah menggunakan cerita, menggunakan suara, atau ditambah dengan gambaran, atau menggunakan video atau gambar, akan membuatkan kanak-kanak lebih memahami maklumat yang kita akan sampaikan.
Justeru, saya melihat DVD animasi berjudul Gaza Al-Abiyah (Gaza Yang Enggan Tunduk), adalah salah satu alat bantu jika saudara mahu cuba memahamkan anak-anak tentang isu Palestin. Adegan perang, darah, dan perkelahian menggunakan watak kartun mengurangkan sedikit kesan emosi kepada kanak-kanak berbanding dengan adegan ganas yang dilakonkan oleh watak manusia betul. Namun, kawalan dan penerangan daripada ibu bapa/orang dewasa perlu ada semasa mereka menonton DVD ini. Tujuannya agar anak-anak kita melihat DVD ini bukan sekadar satu kisah perang antara manusia dan manusia sahaja. Selitkan maklumat-maklumat yang patut, agar mereka tahu, mengapa kita perlu membantu Palestin. Fahamkan otak muda mereka dengan bahasa yang mudah, agar mereka faham, mengapa Dengan Darah, Dengan Roh, Al-Aqsa Mesti Kita Bebaskan!
“Maha suci Allah yang telah memperjalankan (israk) hambaNya pada waktu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya (bumi tersebut), untuk kami tunjukkan kepadaNya tanda-tanda kekuasaan kami.” (Surah Al- Isra’: Ayat 1)
Al-Aqsa, masjid ketiga suci yang terletak di bumi Palestin ini juga ada disebut di dalam Al-Quran, menunjukkan betapa bumi suci ini ialah bumi yang perlu dibela oleh semua umat islam. Maka usaha Aman Palestin bersama Mahar Puteh Sdn Bhd menerbitkan DVD animasi berjudul Gaza Al-Abiyah dan diedarkan oleh Inteam Recoeds ini, adalah satu usaha dan sumbangan penting dalam siri kemanusiaan demi perjuangan membantu rakyat Palestin membela kesucian Al-Aqsa. Semoga Allah menerima amal kalian, amin.
Dalam satu hadis, Abu Hurairah dan Abu Said Al-Khudri yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim, Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam bersabda : Janganlah kamu bersusah-payah untuk bermusafir kecuali untuk menuju ke tiga masjid :Masjid Al-Haram, masjidku ini ( Masjid Nabawi) dan Masjid Al-Aqsa.
Makkah, Madinah, dan Palestin, adalah tiga bumi suci umat islam, sehinggakan jika kita mahu bermusafir(melancong), Rasulullah mahu kita mengutamakan ketiga-tiga tempat tersebut. Justeru, marilah kita gunakan duit tabungan melancong untuk ke Makah, Madinah, dan jika mampu ke Al-Aqsa terlebih dahulu sebelum melancong ke tempat-tempat lain. Ya Allah, semoga kita semua sempat mengunjungi tempat-tempat suci tersebut sebelum kita menutup mata.
Agar semangat membantu Palestin terus menyala, marilah kita renungi satu petikan dari buku bertajuk Al-Aqsa Dalam Bahaya, tulisan Ustaz Maszlee Malik, terbitan JIM Media cetakan Mei 2006 ini :
Usai peperangan 1967 yang menyaksikan kemenangan rejim Israel dengan bantuan Amerika Syarikat, pihak tentera Zionis telah memasuki Masjid Al-Aqsa dan menawannya. Dengan bertrak-trak tentera rejim, mereka telah menari-nari di sekeliling Masjid Al-Aqsa sambil menyanyikan lagu :
Letakkan apricot ke atas epal.
Agama Muhammad telah hancur dan musnah,
Muhammad telah mati,
Yang Ditinggalkan hanyalah anak-anak perempuan yang lemah!
Justeru sahabat-sahabat, wajarkah kita duduk berbual kosong dan bermalas-malas lagi ketika agama kita dipijak-pijak mereka? Kita rajin membaca al quran, tetapi apa yang sudah kita lakukan sebagai bukti kita cintakan bumi suci yang disebut berkali-kali oleh Allah dalam al quran ini? Apa yang sudah kita lakukan demi membuktikan kepada rasulullah bahawa kita sekarang sedang menyahut seruan hadisnya bahawa setiap muslim itu bersaudara? Apa pula yang sudah kita lakukan demi membuktikan kepada Allah bahawa kita telah berikhtiar membela agamaNya yang sedang dihina?
Bebaskan minda dan hati dari disuntik jarum beracun yahudi zionis! Kita anak muda, adalah fokus utama yahudi zionis, kerana mereka tahu, jika generasi muda islam berjaya mereka lemahkan, maka lemahlah islam, kerana generasi muda ini yang bakal menggantikan generasi lama sebagai pemimpin. Justeru anak-anak muda, betulkanlah niat, jauhi konsert dan hiburan lagha yang mematikan hati daripada menerima hidayah, rapatkan diri dengan alim ulamak, duduklah di kalangan orang yang berilmu, dan mari bersama sertai barisan jihad. Dengan Darah, Dengan Roh, Kita Akan Bebaskan Al-Aqsa! Allahu Akbar !!!

0 comments:
Post a Comment