---------------------------------------------------------------

TINTA E.M.A.S SRIKANDI JILBAB

Tintaku menampilkan Etika. Tintaku adalah penyampai Maklumat. Tintaku adalah nukilan yang Asli, dan Tintaku ini mahu diingati orang Selama-lamanya...

BACALAH DENGAN NAMA TUHANMU!
-----------------------------------------------------------------
Allah Itu Matlamat Kita
Al Quran Itu Pedoman Kita
Rasulullah Itu Qudwah Hasanah Kita
Jihad Itu Jalan Kita, Syahid Itu Semulia Cita-Cita Kita

Kejarlah cita-cita dengan istiqamah di dalam usaha, doa dan tawakkal. Walaupun kita tidak mampu memiliki kesempurnaan kerana kesyumulan itu adalah hak mutlak Allah ta'ala, tetapi teruskanlah usaha demi memurnikan ketaatan kepadaNya. Sesungguhnya keredhaan Allah adalah kejayaan yang paling besar -Srikandi Jilbab

Tinta emas buat hari ini :----------------------------------------------

---

16 May 2010

Jangan Balas Dendam


“Ibaratnya jika kita kene tumbuk. Sabar, jangan balas, sebab Allah akan balas balik perbuatan orang itu. Tetapi jika kita naik angin dan terus tumbuk balik orang itu, habislah di situ. Allah sudah tidak akan “melibatkan diri” lagi, sebab kita sudah mendahuluiNya dalam membalas perbuatan jahat orang itu. Jadi, sabarlah seboleh mungkin, serahkan kepada Allah membalas perbuatan jahat orang kepada kita.”

Demikian lebih kurang kata-kata ibunda guru Sifu Ainon dalam kelas Teori dan Teknik Surah Yusuf di Al-Ikhlas pagi tadi. Kata-kata selingan itu terpacul dari mulut beliau ketika menerangkan tentang ciri ke dua puluh satu Teori Surah Yusuf, iaitu tidak ada gambaran adegan ganas dalam sebuah penulisan yang indah.

Kata-kata Sifu Ainon yang bersahaja itu bagi saya amat besar maknanya.

Benar, jika kita mendahului Allah dalam membalas perbuatan manusia, maka di mana sebenarnya letak pergantungan kita kepadaNya?

Saudara pernah dibuat jahat ataupun dianiayai oleh orang? Pernah dikutuk dan difitnah di belakang? Saya juga. Memang sakit, tetapi sabarlah. Jangan mendahului Allah dalam mengadili perkara ini. Jangan diadili perbuatan jahat mereka dengan balasan balik kata-kata umpat dan fitnah. Serahkan kepada Allah, Dia adalah penghakim dan pembela yang maha kuat bagi kita.

Justeru, ingatlah Allah, tenangkan jiwa, dan hiduplah dengan hati yang penuh harmoni:)
Wallahua'lam.

0 comments:

Followers