---------------------------------------------------------------

TINTA E.M.A.S SRIKANDI JILBAB

Tintaku menampilkan Etika. Tintaku adalah penyampai Maklumat. Tintaku adalah nukilan yang Asli, dan Tintaku ini mahu diingati orang Selama-lamanya...

BACALAH DENGAN NAMA TUHANMU!
-----------------------------------------------------------------
Allah Itu Matlamat Kita
Al Quran Itu Pedoman Kita
Rasulullah Itu Qudwah Hasanah Kita
Jihad Itu Jalan Kita, Syahid Itu Semulia Cita-Cita Kita

Kejarlah cita-cita dengan istiqamah di dalam usaha, doa dan tawakkal. Walaupun kita tidak mampu memiliki kesempurnaan kerana kesyumulan itu adalah hak mutlak Allah ta'ala, tetapi teruskanlah usaha demi memurnikan ketaatan kepadaNya. Sesungguhnya keredhaan Allah adalah kejayaan yang paling besar -Srikandi Jilbab

Tinta emas buat hari ini :----------------------------------------------

---

21 May 2010

Pertandingan Cerpen Remaja PTS One 2010

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, strategi pertama saya bagai direstu Allah. Doakan saya tidak tertipu dengan ujian kejayaan ini. Doakan kejayaan kecil ini adalah pemula kepada kejayaan saya yang lebih besar dalam bidang penulisan yang penuh dugaan ini.

Cerpen saya bertajuk "Ada Lempeng Di Dalam Bajunya" telah memenangi Pertandingan Menulis Cerpen Untuk Remaja PTS One 2010 untuk tema puasa dan hari raya. Ini cerpen, bukan novel. Ini startegi kecil dan mungkin kesannya bagi "membawa masuk" nama saya ke persada penulisan Malaysia sangat kecil, tetapi sekurang-kurangnya ia telah memecahkan sedikit tembok yang berada di hadapan saya selama ini.

Tujuan saya menyertainya bukanlah kerana wang saguhati dan sijil yang akan diterima, tetapi lebih kepada mahu "mengenalkan" nama saya kepada pencinta-pencinta buku di luar sana dengan lebih awal, sebelum buku saya sendiri terbit. Selain daripada itu, saya mahu memberi pendorong kepada anak-anak saudara saya. Selama ini saya hanya bercerita sahaja kepada mereka bahawa menulis itu adalah amalan jariah yang perlu dijaga adab dan kaedahnya. Sekurang-kurangnya cerpen ini akan menambahkan keyakinan mereka terhadap kata-kata saya. Bukan apa, mahu menunggu buku sendiri terbit, masih belum tahu bila masanya, jadi cerpen inilah bukti awal dan alat pertama bagi menyakinkan mereka.

Ini petikan dari blog PTS One :

Assalamualaikum dan salam sejahtera kami ucapkan kepada kawan-kawan!

Diharapkan kawan-kawan berada dalam keadaan sihat dan ceria bersama keluarga tersayang.

Sudah ramai yang ternanti-nanti pengumuman pemenang pertandingan menulis cerpen untuk Remaja@ptsone 2010.

Mohon maaf kerana kami mengambil masa yang lama bagi mengumumkannya

Bagi tidak membuang masa, ini senarai nama pemenang bagi penyertaan cerpen Remaja@ptsone pada tahun ini:

Tahniah kami ucapkan kepada:
Nur Aleena Nabilah bt Kamal Bahrin
Nazrie Haslianie
Marini bt Azahri
Ani Izzuani bt Mohd Kassim
Nor Hayati Mohd Redzwan
Nazirah bt Ahmad Fathullah
Azzah AR
Alya Chan
Aunee Azrina bt Zulkifli
Ainul Mardhiah
Nor Hidayah Ismail
Riha J.
Shukri b. Mohd Ali
Maria Kajiwa
Arifah Nabilah bt Mohamad & Nurfatin Nabilah bt Jamil
Nur Nabilah Inani bt Mohd Joni
Najwa Amira
Nurul Fatehah bt Jaamad

Selain para pembaca, Remaja@ptsone juga disertai beberapa penulis PTS One iaitu:

Bahruddin Bekri
Aizam Aiman
Kusyi Hirdan
Ilya Alias
Ikmal Shah
Rowena Ridzuan

Kepada yang tidak berjaya, jangan putus asa dan cuba lagi pada tahun hadapan.

Berikut antara faktor beberapa cerpen tidak dipilih oleh pihak kami:

Menggunakan bahasa pasar dan penggunaan bahasa Inggeris yang terlalu banyak.

Jalan cerita yang tidak menarik dan tiada tema raya mahupun puasa.

Menggunakan kata ganti diri pertama iaitu 'saya' ataupun 'aku'. Penulisan cerpen dan novel perlu menggunakan kata ganti diri ketiga, dan setiap watak perlu diberikan nama. Penulis bertindak sebagai pencerita, dan bukan pelaku. Gaya penulisan sebegini hanya dibenarkan dalam PELIT.

Jalan cerita menarik namun tidak sesuai dengan sasaran pembaca iaitu remaja.

Ada beberapa cerpen dilepaskan dan disunting oleh editor, namun diharap pada tahun hadapan, kesalahan-kesalahan ini dapat dikurangkan.

Jumpa lagi!

Artikel penuh sila
baca di sini


Wallahua'lam.

2 comments:

Shukri Mohd Ali said...

salam. tahniah ya.

saya salah seorang pemenang =)

Marini Azahri said...

Waalaikumsalam shukri.

Eh ye ke? tahniah juga dari saya:)

Semoga lepas ini Shukri makin rancak berkarya.

Tapi saya pun belum tengok lagi bukunya hehe

Followers