---------------------------------------------------------------

TINTA E.M.A.S SRIKANDI JILBAB

Tintaku menampilkan Etika. Tintaku adalah penyampai Maklumat. Tintaku adalah nukilan yang Asli, dan Tintaku ini mahu diingati orang Selama-lamanya...

BACALAH DENGAN NAMA TUHANMU!
-----------------------------------------------------------------
Allah Itu Matlamat Kita
Al Quran Itu Pedoman Kita
Rasulullah Itu Qudwah Hasanah Kita
Jihad Itu Jalan Kita, Syahid Itu Semulia Cita-Cita Kita

Kejarlah cita-cita dengan istiqamah di dalam usaha, doa dan tawakkal. Walaupun kita tidak mampu memiliki kesempurnaan kerana kesyumulan itu adalah hak mutlak Allah ta'ala, tetapi teruskanlah usaha demi memurnikan ketaatan kepadaNya. Sesungguhnya keredhaan Allah adalah kejayaan yang paling besar -Srikandi Jilbab

Tinta emas buat hari ini :----------------------------------------------

---

23 May 2010

Syarat Sah Dalam Perkhidmatan Bagi Pegawai Teknologi Maklumat (PTM)

Tuan puan telah dilantik menjadi Pegawai Teknologi Maklumat(PTM)? Pertama kali dilantik sebagai PTM? Tahniah. Ini bermakna tuan puan adalah PTM Gred F41. Di jabatan kerajaan, mereka memanggil PTM F41 sebagai freshie, jika tuan puan belum pernah berkhidmat di mana-mana jabatan kerajaan, walaupun pengalaman tuan puan di syarikat swasta melebihi sepuluh tahun! Jika tuan puan naik pangkat, daripada Penolong PTM (Gred F 29/32/38) ke PTM(Gred F41), itu lain pula ceritanya. Itu mereka panggil sebagai pegawai KPSL(Kenaikan pangkat secara lantikan).

Tuan puan sudah tahu di jabatan mana tuan puan ditempatkan? Tahniah sekali lagi. Maka, laksanakanlah kerja tuan puan dengan penuh amanah. Suka saya mengingatkan tuan puan bahawa segala bajet yang kita gunakan di jabatan kerajaan adalah WANG RAKYAT. Justeru, berhati-hatilah menguruskannya, agar ia tidak mendarah daging dalam badan kita dengan perkara yang HARAM.

Biasanya selepas melapor diri, dalam tempoh sebulan tuan puan akan diminta oleh jabatan agar melakukan perkara di bawah :

(1) Menandatangani SURAT AKU JANJI sebagai pengakuan tuan puan pegawai kerajaan yang berintegriti .
(2) Mengisi borang PENGISYTIHARAN HARTA atas sebab jika harta tuan puan dituduh sebagai harta rasuah, maka tuan puan sudah mempunyai bukti untuk menafikannya .
(3) Mengisi borang(online/manual) bagi memohon KURSUS INDUKSI, BTN, PEPERIKSAAN UNDANG-UNDANG KERAJAAN, DAN TEMUDUGA TAPISAN KESELAMATAN.
(4) Perkara-perkara lain yang diarahkan oleh jabatan tuan puan seperti mendaftar rekod dalam sistem kehadiran (biometrik/punch card), membuat pas keselamatan, dan sebagainya

Sekarang, tuan puan telah dilantik sebagai Pegawai Teknologi Maklumat berstatus TETAP dengan tempoh PERCUBAAN selama tiga tahun. Jadi, apa yang tuan puan perlu tumpukan dalam masa tiga tahun ini?

Tempoh tiga tahun yang diberikan oleh kerajaan adalah bagi memberi peluang kepada tuan puan melengkapkan empat perkara di bawah :

(1)Telah menerima surat PENGESAHAN PERLANTIKAN sebagai bukti perlantikan
(2)Lulus peperiksaan UNDANG-UNDANG KERAJAAN.
(3)Hadir dan lulus kursus INDUKSI umum dan khusus.
(4)Melepasi temuduga TAPISAN KESELAMATAN (kasar/halus) sebagai bukti tuan puan tidak tergolong dalam golongan yang mengancam keselamatan negara.

Saya akan menerangkan empat syarat wajib di atas dengan lebih mendalam dalam entri yang akan datang. Setelah empat perkara di atas telah selesai, maka tuan puan akan menerima surat pengesahan jawatan dalam perkhidmatan yang menjadi bukti tuan puan telah berjaya melepasi tempoh percubaan. Dalam erti kata lain, atau kata orang di syarikat swasta, tuan puan telah confirm.

Sebaik sahaja tuan puan telah confirm, maka tuan puan boleh dikatakan telah mendapat segala keistimewaan dan fedah-faedah yang diperuntukkan kepada kakitangan kerajaan seperti pinjaman, dan sebagainya. Maklumat lanjut, tuan puan perlu merujuk kepada unit pentadibiran jabatan masing-masing. Biasanya di jabatan kerajaan, akan ada seorang kerani/pegawai tadbir yang menjaga segala hal ehwal pegawai-pegawai di jabatannya mengikut gred jawatan. Tuan puan boleh merujuk kepada kerani/pegawai yang ditugaskan menjaga hal ehwal pegawai F bagi gred F41(PTM).

Selepas itu, apa yang tuan puan perlu lakukan? Tahniah, sebab sudah confirm. Jadi selepas itu, tuan puan bolehlah memohon untuk menduduki peperiksaan PTK (Penilaian Tahap Kecekapan) pula. Peperiksaan ini ialah peperiksaan kenaikan pangkat/kenaikan gaji iaitu dari gred F41 kepada gred F44(PTM Kanan) pula. Selepas F44, tuan puan akan ambil lagi PTK untuk naik pangkat ke Gred F48, ke Gred F52, ke Gred F54, dan paling tinggi ke tahap JUSA(A/B/C).

Penerangan tentang PTK akan saya terangkan dengan lebih mendalam dalam entri akan datang. Buat masa ini, tumpulah kepada empat syarat sah dalam perkhidmatan di atas. Ingat, jika dalam tempoh 3 tahun tuan puan gagal melepasi empat syarat itu, tuan puan perlu melanjutkan tempoh percubaan. Kaedahnya agak leceh dan tertakluk kepada peraturan kerajaan, iaitu perlu buat surat, perlu mendapat pengesahan ketua jabatan, dan sebagainya. Saya pula mengambil masa lebih kurang setahun lebih bagi melepasi semua syarat sah di atas.

Jadi, selamat berusaha untuk itu. Selamat berjaya, dan tunaikanlah kewajipan tuan puan sebagai pegawai kerajaan yang amanah. Selamat datang ke jabatan kerajaan dan jmpa lagi dalam entri-entri yang akan datang. Wassalam.

1 comments:

Anonymous said...

salam,

saya br jadik ptm kat kolej matrikulasi dan saya belum lg disah lantik sebab saya penuhi syarat2 pengesahan tersebut.

Tapi saya akan duduki peperiksaan undang2 tidak lama lagi. So, blh tak saudari terangkan dan bagi contoh bagaimana untuk menjawab soalan tersebut memandangkan saya tiada pendedahan langsung pasal exam tuh.

sy mengharap sangat bantuan dari pihak saudari. diharap saudari dapat membantu saya.

minta tlg saudari balas komen nih ke emel saya di sofiajamaludin@yahoo.com

sekian, terima kasih.

Followers