3 Julai 2010. Saya sedang berada di kampung. Bercuti dari 2 Julai hingga 4 Julai, memberi masa untuk saya menonton perlawanan bola antara Argentina dan Jerman. Eropah bertemu Amerika Latin. Saya menonton seorang diri. Rumah waktu itu sunyi. Adik beradik lain tidak pulang. Jadi hanya ada ayahnda dan bonda sahaja yang sedang makan di dapur.
Ketika saya sedang melayan rasa kecewa (ceh) kerana Mueller berjaya menembusi gawang Argentina dengan gol pertamanya, ayahnda dan bonda datang menyertai saya.
“Apa lawan apa?” tanya ayahnda.
“Argentina lawan Jerman,” jawab saya.
“Yang hitam itu pasukan apa?” tanya ayahnda lagi.
“Jerman!” saya cuma membalas pendek kerana geram melihat Argentina yang ligat bermain, tetapi strateginya kurang tajam.
Saya membuat analisis amatur. Argentina bermain lebih ligat daripada Jerman. Kelebihan Jerman ketika itu hanya kerana strateginya. Setiap kali menyerang, tidak pernah tidak ada kawan mereka yang bersedia untuk menyambut bola daripada kawan yang sedang mengacah pintu jaring. Tetapi tidak Argentina. Suka sangat sumbat gol dari jauh seorang diri. Yalah, tidak sempat hendak pass bola kerana tidak ada orang hendak dipasskan bola. Kurang kerjasama nampaknya.
“Itu yang baju hitam itu pasukan apa?” tiba-tiba ayahnda bertanya sekali lagi.
“Pasukan Jerman,” saya masih menjawab pendek kerana kasihan melihat Messi yang sentiasa dikerumuni dan disekat lawan.
Ayahnda diam dan bangun ke dapur. Saya terus menonton bersama bonda, sambil membanding-banding corak permainan bola Malaysia dengan bola Piala Dunia.
Saya terfikir, benarlah kata Rasulullah. Dalam perang ataupun perlawanan, memang perlu ada tipu muslihat. Tipu muslihat yang Rasulullah katakan itu bukanlah dosa, tetapi satu strategi dalam memperdayakan musuh, demi kemenangan islam. Sebab itu suatu masa Rasulullah pernah membakar banyak jamung api agar musuh menjadi takut kerana menyangka askar muslimin lebih ramai daripada askar kuffar. Sebab itu juga Rasulullah pernah menerima saranan Salman Al-Farisi agar menggali parit sebagai kubu pertahanan dan serangan semasa Perang Khandak.
Rasulullah adalah manusia yang berpandangan jauh. Baginda adalah manusia yang sentiasa thinking out of the box. Pemain-pemain bola Malaysia harus mencontohi teknik tipu muslihat Rasulullah jika mahu ke Piala Dunia. Bukan tipu muslihat secara “membeli atau menjual” pemain.
Ayahnda datang lagi ketika sebiji bola terkena muka seorang pemain Jerman.
“Allah! Pasukan mana itu yang kena bola di muka?” ayahnda bertanya lagi.
“Pasukan Jerman,” saya menjawab, masih pendek seperti tadi. Hairan juga, ayahnda masih belum cam jersi pasukan Jerman walaupun sudah beberapa minit menonton.
Ayahnda diam dan terus menonton, dan seterusnya setiap kali Jerman menjaringkan lagi golnya buat kali kedua, ketiga, dan keempat, soalan ayahnda kepada saya masih sama, iaitu begini : “Pasukan apa itu?”
Dan jawapan saya masihlah juga sama : “Pasukan Jerman!”
Sebenarnya di hati sudah rasa sedikit terganggu. Ayahnda tidak nampakkah baju pemain itu warna hitam? Jika ayahnda itu anak-anak saudara saya, memang akan saya cubit pahanya dan paksa dia mengingat betul-betul bahawa pemain-pemain yang pakai baju hitam itu ialah pemain pasukan Jerman!
Kredit buat iklan Burung Murai sempena perayaan Aidilfitri beberapa tahun yang lepas. Saya sangka episod iklan sebegitu hanyalah imaginasi pengarahnya sahaja dan tidak pernah berlaku di alam ini. Namun saya silap.

“Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan pemeliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka sebarang perkataan kasar sekalipun perkataan ‘ah’ dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia yang bersopan santun. Dan hendaklah engkau merendah menghinakan diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah untuk mereka dengan berkata: Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidik semasa kecil.” [ Surah Al Isra Ayat 23 dan 24]
Saya kasihkan ayahnda yang semakin tua dan rabun matanya itu. Tanyalah saya ayahnda. Tanyalah seribu kali sekalipun soalan itu, akan tetap saya jawab dengan lembut, “Itu pasukan Jerman!”
Dan malam itu, Jerman, pasukan yang selalu ayahnda tanyakan itu berjaya membelasah Argentina yang saya suka sebanyak 4-0. Oh, kasihan Messi dan Maradona!

0 comments:
Post a Comment