---------------------------------------------------------------

TINTA E.M.A.S SRIKANDI JILBAB

Tintaku menampilkan Etika. Tintaku adalah penyampai Maklumat. Tintaku adalah nukilan yang Asli, dan Tintaku ini mahu diingati orang Selama-lamanya...

BACALAH DENGAN NAMA TUHANMU!
-----------------------------------------------------------------
Allah Itu Matlamat Kita
Al Quran Itu Pedoman Kita
Rasulullah Itu Qudwah Hasanah Kita
Jihad Itu Jalan Kita, Syahid Itu Semulia Cita-Cita Kita

Kejarlah cita-cita dengan istiqamah di dalam usaha, doa dan tawakkal. Walaupun kita tidak mampu memiliki kesempurnaan kerana kesyumulan itu adalah hak mutlak Allah ta'ala, tetapi teruskanlah usaha demi memurnikan ketaatan kepadaNya. Sesungguhnya keredhaan Allah adalah kejayaan yang paling besar -Srikandi Jilbab

Tinta emas buat hari ini :----------------------------------------------

---

21 December 2010

Managing Difficult People

[ Gambar Hiasan]

Saya adalah bos kecil di pejabat. Di pejabat, saya ada dua belas orang anak buah. Enam lelaki dan enam perempuan. Lima orang lebih tua daripada saya, empat orang sebaya dengan saya, dan tiga orang lagi usianya lebih muda daripada saya.

Lebih tua, sebaya, dan lebih muda - tiga tahap umur yang memerlukan kebijaksanaan yang tinggi dalam memahami psikologi dan kerenah perangai mereka.

MANAGING DIFFICULT PEOPLE. Hari ini, saya teringat title kursus yang sepatutnya saya mohon untuk tahun ini, tetapi terbatal disebabkan kekangan bajet kerajaan. Nampaknya tahun ini, saya banyak mengikuti training teknikal sahaja berbanding kursus management, di mana kedua-dua aspek ini – teknikal dan management amat penting dalam memantapkan kerjaya saya sebagai pegawai kerajaan.

Petang tadi, bos saya “mengamuk” besar. Di dalam mesyuarat tergempar yang dimaklumkan setengah jam sebelum, beliau mengamuk kepada anak-anak buah saya yang dua orang belas itu. Beliau mengamuk, kerana sudah tidak tertahan menanggung kerenah kedegilan dan sikap biadap sesetengah anak buah saya. Sesetengah anak buah saya yang bagi saya very diifficult people to handle and manage. Tegas bos saya, jika sudah tidak mahu mematuhi arahan, berhenti sahaja daripada menjadi kakitangan kerajaan!

Ya, jika tidak mahu ikut arahan, berhenti kerja sahaja, kerana pejabat ini milik kerajaan dan bukan milik ibu bapa kita!

Tahniah kepada bos saya kerana telah berjaya menunjukkan ketegasan beliau. Saya kira selama ini bos saya sudah terlalu banyak berlembut. Bagi saya, apabila kepala sudah dipijak-pijak begitu, sepatunya tidak perlu ada lagi istilah berlembut dalam pocket guide kita sebagai ketua!

Terima kasih juga kepada bos saya, kerana sebelum mengamuk, terlebih dahulu beliau mengucapkan terima kasih kepada mana-mana anak buah saya yang patuh AKUJANJI dan tidak memberi masalah kepada saya dan beliau. Sekurang-kurangnya, anak-anak buah saya yang tidak berperangai buruk rasa masih dihargai dan dikasihi.

Ada dua orang anak buah saya yang pada masa ini menjadi anak buah seorang pegawai lain juga. Mereka berdua ini sering ingkar kerja, tanda memberontak atas sebab tidak bersetuju dengan pertukaran skop kerja yang diarahkan kepada mereka sebelum ini. Seorang lagi, anak buah saya yang sejak berbisnes, prestasinya di pejabat jatuh merudum teruk.

Lagi, masalah anak buah yang cuti tahunan sudah habis tetapi masih enak bercuti, masalah anak buah yang ketika tangannya bergerak buat kerja yang diarahkan, mulut pula berbunyi mengutuk dan mengumpat ketua dan rakan-rakan sekerja, masalah anak buah yang batu api, masalah anak buah yang lidah bercabang, masalah anak buah yang melanggar adab pergaulan antara lelaki dan perempuan di pejabat. Semuanya disebut satu-satu oleh bos saya.

Ada dua tiga orang daripada mereka yang telah bertindak biadap dengan bos saya. Bukan dalam mesyuarat ini sahaja. Malah sudah berkali-kali sebelum mesyuarat. Ada pula yang masih tidak sedar diri, apabila teguran bos saya dirasakan ditujukan kepada orang lain, bukan kepada dirinya sendiri. Astaghfirullahal’azhim. Saya sedih melihat apa yang berlaku di hadapan mata, namun apa daya kita, jika mereka sendiri yang memilih jalan sebegitu?

Apabila disebut manusia, itulah lumrahnya. Namun, tidak ramai yang sedar, “manusia” itu tidak boleh dijadikan alasan untuk kita berbuat yang tidak sewajarnya, seperti perangai-perangai buruk di atas, kerana Allah, tuhan kita yang mencipta roh dan jasad kita telah mengingatkan:

“Kamu adalah ummat yang terbaik, yang dibangkitkan demi kebaikan umat manusia, kamu menyuruh berbuat kebaikan dan melarang berbuat keburukan, dan kamu beriman kepada Allah.” [Surah Ali Imran ayat 11]

Ini sebenarnya tujuan kita dicipta Allah dan menjadi muslim, bukannya menjadi manusia yang biadap dan ingkar atas sebab-sebab yang sangat bodoh dan tidak rasional.

Tidak cukupkah dengan amaran Allah dalam ayat 7 dan 8 surah Al Zalzalah ini :

“Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan sebesar zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan sebesar zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya."

Sekecil zarah! Sehinggakan jika terpacul sedikitpun dari mulut kita perkataan seperti “ei, tak best langsunglah makanan ni,” pun juga akan ditulis di dalam kitab amalan dan akan dibicarakan di hadapan Allah kelak. Justeru, jika sekecil hal itupun akan dibicarakan, apatah lagi dengan perangai-perangai buruk yang kita persembahkan di atas muka bumi tuhan selama ini!

Mungkin hikmah Luqmanul Hakim belum berbekas di hati, bahawa sebesar manapun perbuatan itu, hatta sebesar biji sawi sekalipun, pasti tidak akan terlepas dari balasan Allah ta’ala.

(Luqman berkata): "Hai anakku, sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, niscaya Allah akan mendatangkannya (membalasinya). Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui [Surah Luqman ayat 12]

Sejak menjadi immediate bos mereka, saya mengelak daripada menjadi ustazah yang membosankan. Sehabis daya, usaha membentuk dan mendidik mereka telah saya lakukan. Kaunseling, mesra alam, memberi arahan dengan baik, dan berdiplomasi. Itu antara adunan dan resipi yang saya gunakan.

Malangnya, mereka yang bermasalah begitu-begitu juga. Sudah gagalkah saya menjadi bos yang baik atau haruskah saya ulang ayat-ayat di atas yang sememangnya telah mereka baca setiap hari dalam kitab yang dipanggil al quran itu?

Kurang attitude dan rendah mentaliti, datangnya daripada kurangnya iman, kurangnya ilmu dan didikan agama, dan tidak mengenal Allah sebenar-benarnya. Inilah asasnya. Asas yang tidak pernah berubah, sejak roh manusia bersatu dengan jasad di dalam rahim ibunya. Ini kunci yang membawa manusia takut kepada Allah, seterusnya takut untuk menjadi pekerja kerajaan yang ingkar AKUJANJI, yang biadap dengan ketua, yang lembut lidah di hadapan bos tetapi di belakang mencaci-caci, yang lidah bercabang, yang kuat menghasut dan yang segala-gala perangai yang buruk seperti di atas.

Bagaimana hendak menguruskan mereka-mereka ini?

Colleen Katenhofen, penulis dan motivator dari Arizona yang banyak menulis tentang pengurusan pekerja degil di pejabat berkata :

You can't control them, but you can control their environment in the hopes of coaching the employee to better performance.

Beliau memberi tips, bagaimana menguruskan pekerja seperti ini, di mana saya salinkan di sini kerana ia bertepatan dengan situasi yang berlaku di organisasi saya sekarang.

Get at the root cause of what is causing the employee to be difficult. For example, do they simply not like their job? Would they rather be in a different department? Are there personal issues going on with the difficult person that you need to know about? While it's not your business to know what they do outside of work, it is your business if it's something that's affecting their work performance.

You can simply say to the difficult person, "Is everything okay? Is there anything going on that I need to know about? Because this drop in performance just doesn't seem like you. As your manager/supervisor I want to see you succeed. And I've noticed a real decline in the quality of your work, for example...." Then, give very specific examples. Remember, be objective not subjective. Focus on facts. Attack the problem not the difficult person. Attack the behavior not the person.

Sebenarnya, itulah yang telah dilakukan oleh pegawai-pegawai atasan mereka termasuk saya selama ini, namun nampaknya tidak berkesan juga. Mereka masih mengamalkan sikap yang sama, tanpa menunjukkan apa-apa kerjasama dalam mencapai matlamat organisasi.

Collenn Katenhofen memberi beberapa tips yang lebih detail lagi bagaimana menguruskan pekerja-pekerja seperti ini. Antara yang saya rasa menarik dan sesuai dipraktikkan dalam menguruskan pekerja yang difficult ialah seperti di bawah :

Avoid the word "attitude." In managing difficult people, why would you want to avoid saying something like, "Pat, I don't like your attitude?" Because it's too subjective. It's not specific enough.

Focus instead on specific behaviors or the quality of their work. For example, what should you do if every time you delegate a special project to the difficult person, they fold their arms, exhale loudly, roll their eyes, and sarcastically mutter under their breath, "Okay, whatever?!" You would want to say in a low controlled tone something like, "Pat, every time I delegate a special project to you, the arms are folded, you're rolling your eyes, muttering under your breath, 'Okay, whatever.' What seems to be the cause of this?" Notice I listed specific behaviors. So focus on facts.

Nyatakan kesalahannya secara objektif. Tidak perlu berkias-kias lagi, kerana pada tahap ini, kedegilan melampau mereka benar-benar mengesahkan bahawa mereka adalah pekerja yang “difficult”.

Dan sebagai bos, ini tips yang disediakan oleh Colleen dalam menampilkan wibawa kita sebagai ketua ketika menguruskan anak buah yang difficult ini:

Be aware of how you present yourself. When managing difficult people, remember, you are their role model. Be aware of your eye contact. Typically look at the person for two to five seconds. You don't want to stare at them bug eyed! But you also don't want to avoid looking at them because you'll come across as too passive, too wishy-washy. They'll sense you're fear of confrontation. Also, watch your tone of voice. Use a low controlled tone. Be aware of your body language, too. Study after study shows that fully 93% of what people notice and believe about you in face-to-face communication is based on your tone and body language.

Be very clear and concise in spelling out the consequences of what could happen if they don't improve. For example, if this is a verbal warning, you might say to the employee, "You know our policy here, and right now this is a verbal warning. As it says in our handbook, if there isn't sustainable and maintained improvement including and beyond the next thirty days, it could result in further disciplinary action. Or, it could even result in termination." In managing difficult people, one of the golden rules is you don't want the employee to ever be able to say that they "weren't warned." Or, "I didn't know. You didn't tell me that."


Jika saudara adalah bos di pejabat, silakan mempraktikan tips ini, dan jika sudi kongsilah maklumbalas yang membina kepada saya. Atau jika saudara punya tips yang lebih baik, silakan juga kongsi ia di sini.

Peter Barron Stark dan Jane Flaherty dalam bukunya bertajuk Leadership Skills – A Guide To Managing And Leading People berkata, setiap konflik itu perlu diraikan. Konflik yang dibiarkan akan memberi kesan yang lebih buruk. Ketua yang efektif, sepatutnya membantu pekerja menyelesaikan konflik kerana daripada konfliklah kita dapat mengenalpasti sejauh mana tahap pengurusan organisasi dan sejauh mana motivasi pekerja dalam mencapai matlamat organisasi.

Ya, saya dan bos saya sebenarnya sudah cukup menghargai konflik yang berlaku di pejabat ini sekarang, tetapi sebagai manusia, kami juga punya batas kesabaran. Saya tidak menyalahkan bos saya apabila beliau mengamuk petang tadi, kerana bagi saya itulah cara yang terbaik, kerana kesabaran yang beliau dan saya pertahankan selama ini telah diinjak-injak dan diperbodoh-bodohkan sesuka hati!

Bukan saya telah melupai kesabaran junjungan mulia kita Rasulullah yang masih boleh tersenyum ketika dihumban dengan najis oleh seorang wanita kafir, yang masih boleh bertenang ketika dilempar dengan batu oleh kanak-kanak dan pemuda kafir quraisy, yang masih boleh bersabar ketika seorang arab badwi dengan sengaja mengotorkan sebuah masjid dengan air kencingnya, dan yang masih boleh meredhai ketika diumpat keji oleh musuh-musuh islam.

Saya masih ingat dan masih mahu meneladani kesabaran baginda, cuma dalam situasi seperti sekarang ini, saya kira dakwah secara berhikmah perlu ditukar sedikit rentaknya.

Bukanlah berhikmah namanya jika berlembut sepanjang masa. Andai dengan satu “tamparan” itu boleh menyedarkan, itu juga dikira berhikmah. Kerana tamparan itu niatnya amar ma’aruf wa nahi mungkar, bukan niatnya sengaja hendak memberi mereka malu dan memberi mereka kesakitan. Ada orang yang apabila dinasihat lembut-lembut, tidak mahu mendengar, tetapi apabila dilempar bom ke telinga, barulah dia hendak sedar. Tidak ada salahnya jika akhirnya bom yang terpaksa dipilih, kerana pilihan itu asasnya adalah kasih dan sayang sesama makhluk.

Diumpat keji anak buah sendiri yang lidah bercabang, saya masih boleh meredhai dengan harapan atas keredhaan saya itu, Allah ampunkan segala dosa-dosa saya yang lain, tetapi apabila sikap biadap dan kurang ajar yang ditunjukkan, saya kira saya sudah buntu untuk terus bersabar.

Bukan masalah besar jika mereka marah kepada saya dan bos saya, kerana apa yang cuba kami lakukan ini ialah atas prinsip yang diajar oleh rasulullah juga.

Walaupun rasulullah dihina dan dibenci kerana membawa Islam, namun baginda tidak pernah susah hati, kerana bagi baginda, tidak mengapa manusia membenci, asalkan Allah tidak murka. Tidak mengapa manusia mencaci, asalkan Allah tidak mencela. Tidak mengapa anak buah membenci kita, asalkan Allah meredhai apa yang kita lakukan atas nama amanah sebagai ketua. Ya, apa yang bos saya lakukan petang tadi, asasnya berdiri di atas prinsip ini.

Ini juga prinsip saya, sepanjang saya menjadi ketua kecil di sini.

Menyantuni anak-anak buah yang termasuk dalam golongan “difficult people to handle” ini, tidak ada apa-apa lagi yang mampu dikatakan selain saya berdoa semoga saya dan bos saya akan terus tegak atas prinsip ini.

Biarlah mereka marah, asalkan Allah tidak marah!

Nota penulis : Sumber tips dari artikel : http://ezinearticles.com/?10-Management-Tips-for-Managing-Difficult-People&id=1055662

0 comments:

Followers