20 Ramadan.
Malam ini, jutaan ummat Muhammad mula memecut demi memburu malam yang lebih baik daripada seribu bulan.
Lailatul qadar. Adakah manusia yang tidak mahu anugerah Allah yang tidak ternilai ini?
Malam ini saya berterawih di Masjid Negara.
Maha suci Allah.
Sebak hati tatkala melihat menara masijid yang menyambut kedatangan diri ini. Betapa agung kasih sayang Allah yang mengizinkan saya hadir ke rumahnya malam ini, setelah sekian lama kesibukan urusan duniawi menjadikan hati saya sungguh jauh dariNya.
Sungguh jauh.
Dan malam ini, selangkah saya cuba mendekatiNya.
Selangkah kau dekat kepadaKu, seribu langkah Aku dekat kepadamu.
Itu janji tuhan yang menambah sebak di hati saya. Mahu saya buru janji itu, kerana saya yakin, apabila seorang hamba cuba mendekatiNya, dari jauh lagi Dia akan menyambut hambaNya itu.
Bukan hanya kerana Lailatul qadar. Tetapi utamanya kerana kita ini hambaNya.
Di saf hadapan saya, berdiri seorang tua yang gigih menunaikan terawih. Beberapa kali saya terlihat badannya terhuyung-hayang kepenatan. Namun orang tua itu masih tetap bertahan.
Beberapa minit berlalu.
Tiba rakaat kedua belas, orang tua itu akhirnya tewas. Tenaga tuanya sudah tidak mampu berdiri lalu dia terhuyung-hayang dan tertumus ke hadapan.
Subhanallah.
Semasa saya kecil, peristiwa yang sama berlaku ketika saya berterawih di surau Kampung Selising. Di hadapan saya, seorang tua terhuyung-hayang dan tertumus ke dinding di hadapannya, lantaran kepenatan berterawih.
Saya dan kakak saya di saf belakang, terbahak-bahak ketawa walaupun masih dalam solat. Umur jahil kami menafsirkan peristiwa itu sebagai sesuatu yang sangat lucu dan memang lojik menjadi bahan ketawa.
Lucu. Ya, telatah orang tua yang tertumus di hadapan saya itu memang bisa menggeletek hati, namun malam ini saya tidak lagi ketawa.
Malam ini hati saya tidak terdetik pun untuk ketawa, sungguhpun ia berlaku live di hadapan mata.
Saya rasa mahu menangis.
Jika si tua yang sudah tidak punya tenaga itu pun sekian gigih menyembahMu ya Allah, lalu mengapakah diri aku yang masih muda bertenaga ini tidak mampu menyembahMu sehebat dia?
Jika si tua yang sudah tidak punya tenaga itu pun sekian gigih berkorban masa dan tenaga demi cintanya kepadaMu ya Allah, lalu mengapakah diri aku yang masih muda bertenaga ini tidak mampu berkorban dan menyintaiMu sehebat dia?
Sungguh mujahadah aku lebih rendah berbanding si tua itu!
Malam ini mungkin bukan malam lailatulqadar. Namun malam ini sekian kalinya tuhan menunjukkan kasih sayangNya kepada saya.
Sungguh tuhan menunjukkan kasih sayangNya dan memakbulkan doa hambaNya dengan pelbagai cara.
Saya berdoa agar tuhan menjadikan saya manusia yang berjiwa besar, lalu Dia datangkan pelbagai bentuk ujian kepada saya. Kerana hanya dengan menghadapi masalah dan ujian sahaja, hati manusia akan terdidik menjadi kuat dan tabah.
Saya berdoa agar tuhan jangan tinggalkan saya dan sentiasa bersama-sama saya dalam segenap perkara, lalu dia timpakan pelbagai dugaan dasyat kepada saya. Kerana hanya dengan dugaan sebegitu sahaja, saya akan kembali mengingati dan mengadu kepadaNya. Lalu di saat ketika saya sujud dan mengadu kepadaNya, bukankah ketika itu saya sedang membina hubungan yang erat dengan Allah, sesuai dengan doa yang saya pinta selama ini?
Saya berdoa agar tuhan memurahkan rezeki yang berkat, lalu dia memberi pelbagai peluang sempit yang memerlukan usaha gigih saya untuk mencapainya, kerana hanya dengan usaha ikhlas sahaja yang mampu meraih keberkatan pada rezeki itu.
Semuanya sudah saya dapat, namun mengapa selama ini hati saya buta dan tidak nampak akan semua nikmat itu?
Kata alim ulamak, apabila hati kita ikhlas memburu cintaNya, maka akan terbukalah hijab dalam melihat nur kasih sayangNya.
Sepanjang ramadhan ini, saya sering berdoa, agar tuhan menjadikan saya anak muda yang taat dalam beragama. Lalu malam ini, melalui orang tua yang tertumus di hadapan saya itu, Dia memberi petunjuk kepada saya bagaimana menjadi anak muda yang taat kepadaNya.
Itu peringatan cash daripada Dia, bahawa masa muda adalah masa emas, dan betapa ruginya jika saya mensia-siakan nikmat masa muda yang Dia anugerahkan ini.
Dia datangkan kisah Ibrahim di dalam alquran, yang masa mudanya berani menentang berhala, biarpun pengukir berhala itu adalah bapanya sendiri. Tersiratnya, Dia mahu saya menjadi anak muda yang berjiwa agama dan berani menentang segala bentuk kesyirikan. Segala bentuk kesyirikan, kerana di akhir zaman ini, ada manusia yang sudah bertuhankan sesama manusia, bertuhankan undang-undang, bertuhankan kuasa, harta dan dan perempuan!
Dia datangkan kisah Yusuf di dalam alquran, yang berani berkata TIDAK dan AKU TAKUTKAN ALLAH ketika ditawarkan dengan maksiat oleh isteri pembesar Umar Al Aziz. Tersiratnya, Dia mahu saya menjadi anak muda yang bencikan maksiat, yang gigih mencegah kemungkaran, dan mengajak kepada kebaikan.
Dia datangkan kisah Ashabul Kahfi di dalam alquran, kerana Dia mahu saya menjadi sehebat pemuda AshabulKahfi, yang ketika masyarakat sekeliling leka dan meninggalkan agama, tetapi mereka tegar mempertahankan iman sehinggalah tuhan menyelamatkan mereka dengan menidurkan mereka di dalam gua Kahfi selama 400 tahun.
Dan Dia utuskan Muhammad, yang waktu mudanya sentiasa mencari hakikat hidup bertuhan dan sentiasa menjaga diri daripada noda dan dosa, kerana Dia mahu saya menjadi anak muda yang bertaqwa dan mulia.
Maha suci Allah.
Berkata rasulullah yang kita cintai : "Kebaikan generasi pertama umat ini adalah kerana adanya sifat syahid dan iman yang kuat dan keburukan generasi akhir zaman adalah kerana adanya sifat bakhil dan panjang angan-angan."
Tidak mahu saya menjadi anak muda yang nabi bimbangkan, iaitu anak muda yang bakhil dan panjang angan-angan.
Bakhil bukan hanya kepada harta.
Bakhil memperuntukkan masa dan tenaga ke majlis ilmu.
Bakhil membuka mata melihat rancangan-rancangan atau bacaan-bacaan yang dapat mendidik iman.
Bakhil memperdengarkan telinga kepada kuliah-kuliah atau perkara-perkara yang dapat membentuk akidah yang kukuh.
Bakhil menundukkan kemahuan nafsu. Lebih rela kalah kepada nafsu daripada melawannya.
Tidak mahu saya bakhil kepada diri sendiri, juga kepada orang lain.
Tidak juga saya mahu panjang dalam berangan-angan.
Panjang angan-angan kepada cinta manusia.
Panjang angan-angan kepada perkara yang lagha dan maksiat kecil atau besar.
Panjang angan-angan sehingga hilang rasa bersyukur dengan apa yang ada.
Roh saya sedang kelaparan makanan rohani. Kasihan, saya berat sebelah dalam hal ini. Tubuh badan saya, saya manja-manjakan, tetapi roh saya, saya biarkan ia kelaparan. Jasad saya gemuk dan segar, tetapi roh saya kurus tanpa makanan yang berkat.
Malam ini, tuhan menghadirkan orang tua yang tertumus di hadapan saya itu, untuk menjadi ibrah besar buat diri ini.
Wahai diri, beryukurlah dengan masa mudamu yang sihat dan lapang itu. Jangan menangguh dalam membuat kebajikan, kerana mungkin sehabis sahaja artikel ini kau baca, sakaratul maut sudahpun tercokoh di hadapan mata!
Tidak ada siapa pun yang tahu, detik bilakah dirinya akan mati, bukan?

0 comments:
Post a Comment